Wednesday, November 10, 2010

Pantang-Larang Orang Dulu - Dulu

kita di besarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang.
Mari kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan
sebab dan apa sebenarnya di sebalik alasanya.  Antaranya adalah:~

1. Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
    kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala
    sebanarnya - takit kain jumuran jatuh. satu hal nak cuci semula.

2. Tidak boleh makan berpindah tempat
    kerana - takut kahwin ramai
    sebanarnya - dah satu tempat makan bersepah, takut sepah tampat lain pulak.

3. Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
    kerana - takut lambat jodoh
    sebenarnya - payah nak lalu lalang

4. Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
    kerana - takut ayah@ibu meninggal
    sebenarnya - akan sakit dada dan kaki menjadi kebas

5. Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
    kerana - akan dapat suami tua
    sebenarnya - takut masakan hangus @ tak sedap


Sumber:http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=506555&extra=page%3D10

No comments:

Post a Comment