Friday, November 5, 2010

Lagenda Tambuakar Di Sabah

Salam,  try google lom ada lagi berkaitan ngan citer dan lagenda pasal 
TAMBUAKAR, yang cukup popular di sesetengah kawasan di Sabah.. ianya juga
 boleh dikatakan sebagai cerita dongeng masyarakat di persisir pantai dan
 sungai Sabah terutama daerah Sungai Papar sehingga ke Daerah Beaufort
 dan Pulau Penyu..

Apakah Tambuakar, mengikut penceritaan mulut kemulut peribumi Sabah
 ianya adalah seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa 
Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang.. 
cerita mengenainya sudah lama tersebar terutama selepas
 pembukaan tapak2 baru akibat 
penjajahan Brunei ke atas pantai barat Sabah,
 yang mana rama
i peribumi dan orang brunei mendiami persisir pantai dan 
sungai untuk bekalan air.. mengkut penceritaan
 dari mulut ke mulut, pelbagai bentuk di 
dakwa selain 
seperti Loch Ness yang mempunyai kaki
 seupa sirip, ada mengatakan ia seperti seekor
 ular besar yang menyerupai naga..

Versi lain pula oleh orang bangsa Dusun
 di Sabah, mereka percaya yang 
Tambuakar ni berasal dari sejenis
 ikan belut iaitu raja ikan Sinsilog.. ada 
mengatakan ianya adalah raja segala hidupan
 di sungai menyebabkan ia perlu hidup beratus
 taun dan ada mengatakan beribu taun untuk
 menjaga kerajaannya dan ia terus
 membesar dan membesar sehingga mencapai 
size seperti seekor naga..


Berbalik
 pada cerita
 pribumi dan bangsa

 Brunei yang menghuni
 persisir pantai pula,
 Tambuakar ni tidak 
diketahui mana asal
 usulnya sebab semasa
 penempatan baru dibuka
 memang dan kecoh
 mengenai Tambuakar ni 
dari mulut2 penduduk
 pribumi disitu masa tu.. dari
 penceritaan dan pengalaman
 orang2 tua, ada 2 bentuk digambarkan
 mengenai tambuakar ni :

1. Bentuk raksasa Loch Ness - berleher panjang
 berbadan besar
 dan mempunyai 4
 kaki serupa sirip
 dan mempunyai 
ekor sepanjang
 kepalanya,' tapi ada
 saksi pula mengatakan
 Tambuakar ni mempunyai
 2 kepala dan dibelakangnya
 bukan lah ekor..

2. Bentuk naga / ular - ada saksi yang
 mengatakan ia seperti seekor ular tedung
yang mendongakkan / mendirikan kepalany

a ditengah2 sungai, mereka mendakwa x 
pernah melihat badannya dah hanya melihat kepalanya yang 
besar dan sedikit kembang..

Banyak cerita2 direkodkan sepanjang taun 30-60an 
sebab masa tu ramai mula membuat rumah disekitar 
sungai Papar, sungai Bongawan dan sungai Beaufort..
 tempat paling famous orang ramai menceritakan 
mengenai munculnya Tambuakar ni adalah di persisir
 sungai Kg Surati, Papar, kampung ni betul2 di tepi sungai..
 tapi mengenai Tambuakar ni berbentuk ular atau naga lagi
 famous berbanding bentuknya seakan Loch Ness, 

Bila ditanya mengapa sekarang ni tiada penemuan2 terbaru
 mengenai kemunculannya, ramai mengatakan yang ia sudah
 mati dan x kurang mengatakan ia masih muncul sesekali tapi
 disebabkan pengangkutan air dah x digunakan lagi maka
 penceritaan mengenainya pon jarang didengari, tapi
 sesekali ada juga cerita2 mengainya melalui kaki2 pancing
 dan nelayan disekitar sungai tersebut, alasan diorang x 
nak ceritakan sebab takut dikatakan gila dan sekarang ni
 ada kamera dan hp yang boleh snap gambar makhluk ni..

Ramai percaya haiwan lagenda ni still hidup sampai ke
 hari ni disebabkan penemuan lobang2 besar di bawah
 tanah sepanjang sungai2 tersebut semasa kerja 
mencucuk cerucuk membina jambatan masa membaiki 
jambatan Papar yang roboh pada taun 2000 dulu
 selain di tempat2 lain sepanjang sungai tersebut.. dikatakan
 ianya mengunakan kepalanya untuk membina lubang di
 bawah sungai tersebut dan membina laluannya sendiri
 di bawah sungai untuk keselamatannya, tapi ada gak
 versi lain mengatakan ia ada 4 tangan yang digunakan
 untuk menggorek tanah untuk membina laluannya..

Ok tu je setakat ni, harap rakan2 di Sabah dapat
 membantu menambahkan fakta mitos dan lagenda
 haiwan ni..  geng2 jangan gelak plak, 
dah nama pon mitos kan so macam versi
 blog ni gak hehehe..


SUMBER:http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=511439&extra=page%3D1

No comments:

Post a Comment